Wednesday, October 21, 2015

Pakaian

Kita sanggup memakai pakaian yang elok dan cantik untuk urusan kerja

Namun kita selalu memakai pakaian yang lebih kurang bila nak menghadap Allah, Raja segala raja, Pemilik alam ini.

Mengalir air mata T_T


Friday, October 16, 2015

Hijrah

Hijrah ialah berpindah keluar dari Zon Selesa (Comfort Zone).

Dengannya banyak perubahan dapat dibuat dan dilihat.

#Hijrah #1437H


Wednesday, October 14, 2015

Muharram

Hari Maal Hijrah (1 Muharram) selalunya dikaitkan dengan cuti dan kisah penghijrahan nabi Muhammad SAW...

Namun, yang lebih menarik pada peristiwa ini ialah strategi-strategi baginda serta umat islam dalam menjadikan islam diterjemahkan dan diterima oleh manusia.

#hijrah #1437


Sunday, October 4, 2015

Ada aku kisah

"Apa sibuk2 pasal Palestin ni?! Masyarakat yang miskin masih banyak lagi kat negara kita ni!"

"Apahal kita beriya-iya nak derma kat Syria tu?!
Orang yang kebuluran di negara kita masih ramai!"

Itu antara komen sesetengah orang.

Kepedulian kepada ummah itu perlu. Mereka saudara (seakidah) kita. Namun, saudara di sebelah kita juga hendaklah dibantu sama.

Daripada komen banyak2 tu, apa sumbangan kita kepada mereka di sini atau di luar negara sana?

Erk!


Sunday, September 27, 2015

Siapa lebih mulia

Ada seorang jurutera, perdana menteri dan tukang sapu menaiki kapal terbang dari zimbabwe ke london.

Jurutera menaiki kelas bisnes, perdana menteri menaiki kelas pertama dan tukang sapu hanya ekonomi.

Malangnya kapal terbang itu terhempas dan mengorbankan semua penumpang, termasuklah mereka bertiga.

Apabila nak dikebumikan, jurutera, perdana menteri dan tukang sapu dikapankan dengan kain putih, tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Semuanya ditanam di dalam tanah sedalam 6 kaki, tiada yang kurang dan tiada yang lebih.

Apa pengajarannya buat kita?


Friday, September 25, 2015

Bangsa

Haji adalah manifestasi universalnya islam.

Apa yang membezakan seorang Melayu, Cina, Arab, Eropah dan India....?

Apa yang membezakan seorang Dato, Tan Sri, Raja, pekebun, polis, doktor dan tukang sapu...?

Semua memakai kain putih! Semua melakukan benda yang sama!

Apa yang membezakan mereka?

Tahap keimanan dan ketaqwaan!


Thursday, September 24, 2015

Al-Kahfi

Bila baca kelebihan membaca surah al-Kahfi, terbayang macam cahaya Super Saiya dalam manga Dragon Ball ...

Hmm..

Tuesday, September 22, 2015

Puasa Arafah

Hari ini 9 Dzulhijjah.

Ia bersamaan dengan hari Arafah.

Hari ini sangat istimewa. Ramai mungkin tidak sedar.

Padanya ada ganjaran pengampunan 2 tahun : tahun lalu dan tahun depan.

Padanya juga ada saat dimakbulkan doa. Serentak dengan waktu wukuf para tetamu Allah di padang Arafah sana.

Semoga kita tidak melepaskan peluang ini.

Kehebatan Jari

Satu tanda kehebatan Allah sebagai Pencipta kita ialah pada jari kita.

Sedar tak sedar kita ada 33 sisi pada jari (seperti dalam gambar).

Apa maksudnya di sini?

Bayangkan kita mahu berzikir lepas usai solat atau di tengah malam saat bermunajat kepadaNya. Di saat itu, sangat feeling jika dibuat dengan tasbih di tangan kan?

Bilangan 33 di jari kita ini sangat cocok dengan zikir kepadaNya yang boleh dibuat sebanyak 33 atau 99 atau 100 (99 + 1) sebutan.

Maha suci Allah atas kebijaksanaanNya. Tak perlu risau jika tertinggal tasbih, kerana jari kita sendiri adalah tasbih.

Monday, September 21, 2015

Mesej yang Besar

Bayangkan jika anda diberi satu mesej. Mesej itu perlu disampaikan kepada seramai mungkin manusia di seluruh dunia.

Apa yang anda akan lakukan? Sampaikannya bersendirian?

Boleh.

Ia akan lebih memberi kesan apabila dilakukan beserta orang lain. Dalam erti kata lain, tidak dibuat berseorangan, tapi bersama teman yang memahami besarnya mesej ini.

Mesej itu sememangnya ada.

Tugasan itu pun sesuatu yang realiti, bukan cerita rekaan semata.

Sunday, September 20, 2015

Sumber Masalah

Sumber kepada semua masalah di dunia ini akan berkisar kepada satu :

Apabila
kita
melupakan
tujuan
kita
diciptakan!

Tuesday, September 15, 2015

The message

There are so many messages everyday.

We received it. Understand it. Lived up with it.

However, we all are searching particularly to that ONE message.

A message which will solve all our problems and problems in this world.

Sunday, September 13, 2015

Mesej

Ada sesuatu [mesej] yang besar di tangan kita, yang bakal menyelamatkan dunia.

Adakah kita akan simpan untuk anda sahaja?

Atau kongsikan dengan orang lain?