Ada seorang jurutera, perdana menteri dan tukang sapu menaiki kapal terbang dari zimbabwe ke london.
Jurutera menaiki kelas bisnes, perdana menteri menaiki kelas pertama dan tukang sapu hanya ekonomi.
Malangnya kapal terbang itu terhempas dan mengorbankan semua penumpang, termasuklah mereka bertiga.
Apabila nak dikebumikan, jurutera, perdana menteri dan tukang sapu dikapankan dengan kain putih, tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Semuanya ditanam di dalam tanah sedalam 6 kaki, tiada yang kurang dan tiada yang lebih.
Apa pengajarannya buat kita?
Sunday, September 27, 2015
Siapa lebih mulia
Friday, September 25, 2015
Bangsa
Haji adalah manifestasi universalnya islam.
Apa yang membezakan seorang Melayu, Cina, Arab, Eropah dan India....?
Apa yang membezakan seorang Dato, Tan Sri, Raja, pekebun, polis, doktor dan tukang sapu...?
Semua memakai kain putih! Semua melakukan benda yang sama!
Apa yang membezakan mereka?
Tahap keimanan dan ketaqwaan!
Thursday, September 24, 2015
Al-Kahfi
Bila baca kelebihan membaca surah al-Kahfi, terbayang macam cahaya Super Saiya dalam manga Dragon Ball ...
Hmm..
Tuesday, September 22, 2015
Puasa Arafah
Hari ini 9 Dzulhijjah.
Ia bersamaan dengan hari Arafah.
Hari ini sangat istimewa. Ramai mungkin tidak sedar.
Padanya ada ganjaran pengampunan 2 tahun : tahun lalu dan tahun depan.
Padanya juga ada saat dimakbulkan doa. Serentak dengan waktu wukuf para tetamu Allah di padang Arafah sana.
Semoga kita tidak melepaskan peluang ini.
Kehebatan Jari
Satu tanda kehebatan Allah sebagai Pencipta kita ialah pada jari kita.
Sedar tak sedar kita ada 33 sisi pada jari (seperti dalam gambar).
Apa maksudnya di sini?
Bayangkan kita mahu berzikir lepas usai solat atau di tengah malam saat bermunajat kepadaNya. Di saat itu, sangat feeling jika dibuat dengan tasbih di tangan kan?
Bilangan 33 di jari kita ini sangat cocok dengan zikir kepadaNya yang boleh dibuat sebanyak 33 atau 99 atau 100 (99 + 1) sebutan.
Maha suci Allah atas kebijaksanaanNya. Tak perlu risau jika tertinggal tasbih, kerana jari kita sendiri adalah tasbih.
Monday, September 21, 2015
Mesej yang Besar
Apa yang anda akan lakukan? Sampaikannya bersendirian?
Boleh.
Ia akan lebih memberi kesan apabila dilakukan beserta orang lain. Dalam erti kata lain, tidak dibuat berseorangan, tapi bersama teman yang memahami besarnya mesej ini.
Mesej itu sememangnya ada.
Tugasan itu pun sesuatu yang realiti, bukan cerita rekaan semata.
Sunday, September 20, 2015
Sumber Masalah
Sumber kepada semua masalah di dunia ini akan berkisar kepada satu :
Apabila
kita
melupakan
tujuan
kita
diciptakan!
Tuesday, September 15, 2015
The message
Sunday, September 13, 2015
Mesej
Ada sesuatu [mesej] yang besar di tangan kita, yang bakal menyelamatkan dunia.
Adakah kita akan simpan untuk anda sahaja?
Atau kongsikan dengan orang lain?